Selamat datang ke Blog rasmi P.M Caster (PMC). PMC telah ditubuhkan hasil cetusan idea saudara Yusri (Timb. Presiden PMC) pada 10/10/2010. Di awal penubuhan, kelab ini hanya disertai oleh 10 orang ahli tetapi setelah berusia setahun jumlahnya telah meningkat kepada 40 orang. Berpusat di Kedai Pancing En. Bakhari yang juga Presiden PMC yang terletak di bandar Pasir Mas, kini kedai tersebut bukan sahaja sebagai tempat untuk para pemancing membeli peralatan memancing tapi juga sebagai tempat ahli-ahli PMC mengadakan perjumpaan untuk bertukar-tukar pendapat, nasihat dan tunjuk-ajar dalam bidang memancing. Ahli-ahli PMC terdiri dari golongan yang masih baru hingga yang mempunyai pengalaman luas dalam bidang memancing ini.

Thursday 22 March 2012

MGFA FISHING SEMINAR 2012

Tanggal 17 Mac 2012 merupakan tarikh yang bersejarah bagi PMC kerana pertama kalinya PMC dengan kerjasama Malaysian Game Fishing Anglers (MGFA) telah mengadakan satu seminar memancing yang telah berjaya menarik ramai peserta-peserta dari sekitar Kelantan dan juga dari luar Kelantan. Walaupun PMC masih lagi berusia muda tapi dengan semangat kerjasama yang tinggi diantara ahli, PMC mampu merealisasikan usaha ini. Matlamat utama seminar ini untuk memberikan pendedahan kepada pemancing tentang pentingnya Catch & Release demi menjaga stok-stok ikan agar tidak pupus dimasa hadapan disamping cara-cara Casting, tip-tip memilih peralatan pancing yang sesuai dan juga aspek-aspek keselamatan semasa memancing. Seminar ini juga telah menjadi seminar yang pertama yang dirasmikan oleh exco kerajaan negeri Kelantan dan pada kali ini PMC telah menjemput YB. Che Abdullah Mat Nawi sebagai perasmi. 

YB. Che Lah sedang menyampaikan ucapan 








Jutaan terima kasih kepada YB. Che Lah kerana sudi hadir dan menjadi perasmi pada seminar kali ini. 

Seminar pada kali ini tidak akan berjaya tanpa kerjasama dari kedua-dua belah pihak terutamanya dari pihak MGFA yang diketuai oleh Big Boss nya iaitu Mr. Edmund, Mr. Mak, Mr. Eric dan yang lain-lain. Semoga kerjasama ini akan berterusan. 


Mr. Edmund dari MGFA menyampaikan cenderahati kepada YB. 







Dif-dif terhormat, antaranya Presiden PMC iaitu En. Mohd. Bakhari Yaacob.








PENDAFTARAN

Perjalanan seminar ini bermula seawal 7 pagi lagi dengan proses pendaftaran para peserta. Sesi pendaftaran ini dibuka selama 1 jam setengah yang melibatkan 5 orang krew dari PMC untuk mengendali proses ini. Selepas mendaftar, para peserta juga turut diberikan gewang berjenama Salmo yang ditaja oleh MGFA sebagai hadiah. Pendaftaran sebagai ahli Kelab PMC juga turut dibuka bagi peserta yang ingin menjadi ahli Kelab PMC.
Salah seorang peserta sedang mengambil gewang Salmo
Antara AJK PMC yang terlibat 













AJK PMC sedang sibuk mengendalikan proses pendaftaran perserta








Pemplet "Matlamat PMC" juga turut diedarkan.









RUANG PAMERAN

Pada seminar kali ini juga, PMC & MGFA turut mengadakan pameran barang-barang yang berkaitan dengan aktiviti-aktiviti memancing, contohnya, kayak, gewang, rod, kekili dan yang paling menarik gewang buatan tangan hasil dari Johned Lures. Memang tidak dinafikan ruang pameran ini telah berjaya menjadi tempat yang paling menarik perhatian para peserta.













Antara barangan yang dipamerkan seperti kayak yang dilengkapi dengan teknologi yang canggih.















Gewang Salmo dari MGFA dan gewang buatan tangan dari Johned Lures turut dipamerkan.

YB. Che Lah juga tidak melepaskan peluang untuk meninjau barang-barang yang dipamerkan


TUTORIAL

Selepas majlis perasmian berlangsung, agenda seterusnya dimulakan dengan tutorial 1 oleh Tom X dari MGFA. Sebelum itu, cabutan hadiah bertuah dibuat untuk memeriahkan lagi majlis. Sebanyak 30 hadiah yang berupa barang-barang pancing telah disumbangkan oleh MGFA.





Peserta-peserta yang bertuah menerima hadiah masing-masing yang disampaikan oleh Mr. Mak dan YM. Tunku Sufrizal.
Tom X sedang menunjukkan teknik-teknik casting kepada peserta
Sesi soal-jawab dengan peserta













































Tutorial 2 disampaikan oleh YM. Tunku Sufrizal sejurus selepas para peserta selesai makan tengahari dan solat. Beliau yang  juga penaung PMC banyak menekankan kepada aspek-aspek keselamatan, cara-cara mengambil gambar untuk majalah dan teknik-teknik pancingan laut. Artikel-artikel yang beliau sampaikan semasa seminar akan dimasukkan ke dalam blog ini pada post yang akan datang.

YM. Tunku Sufrizal sedang menyampaikan tutorial kepada peserta
Disamping itu juga, MGFA telah mengadakan satu demonstrasi iaitu menguji kekuatan rod berjenama Viper. Dengan harga mampu milik, rod ini mampu menjanjikan aksi yang cukup memberangsangkan.

Peserta sedang mencuba kekuatan rod Viper
Rod ini mampu menahan berat sehingga 25kg sebelum patah






















Sebagai penutup tutorial pada seminar kali ini, PMC telah menjemput En. Masduki Mohd. Morni, Pensyarah bahagian perikanan Universiti Malaysia Terengganu (UMT). Banyak info-info tentang dunia memancing telah beliau dedahkan. Salah satu subjek yang beliau tekankan ialah berhubung dengan pancing rekreasi. Nota-nota mengenai pancing rekreasi akan dimasukkan disini pada post yang akan datang.


En. Masduki sedang menyampaikan tutorial mengenai pancing rekreasi





'Accurate Casting' menjadi acara penutup tirai seminar pada kali ini. Sdr. Moh Seng telah dijemput sebagai pengendali acara dan sebanyak 10 hadiah telah disediakan oleh MGFA bagi acara ini.

Salah seorang peserta sedang mencuba untuk memasukkan gewang kedalam bakul
Tepat jam 6 petang, secara rasminya tirai seminar ini telah dilabuh. Seramai 107 orang peserta telah menghadiri seminar pada kali ini. Alhamdulillah, penganjuran sulung PMC & MGFA telah berjalan dengan lancar dan cemerlang. Kejayaan ini berkat dari usaha dan semangat kerjasama yang tinggi dari ahli-ahli PMC dan juga MGFA dan penganjuran ini juga akan menjadi titik tolak kepada PMC untuk terus maju di masa-masa yang akan datang. InsyaAllah, PMC akan lebih aktif untuk menganjurkan lebih banyak program-program khususnya di Kelantan demi mengeratkan lagi silaturrahim diantara pemancing-pemancing dalam bersama-sama mendidik dan membuka minda pemancing kearah konsep "Pancing Sihat" demi menjaga khazanah alam kita yang sangat-sangat tinggi nilainya. Ingatlah, apa yang kita usahakan sekarang ini adalah untuk generasi kita yang akan datang, bersama-samalah kita menjayakannya.


Dari kiri: sdr. Moh Seng, En. Mohd Bakhari, Mr. Edmund, YM. Tunku Sufrizal, Tom X dan En. Masduki


Jutaan terima kasih dan sekalung tahniah kepada semua yang terlibat, samada secara langsung atau tidak. Semoga kita dapat berjumpa lagi pada event-event yang akan datang. Wasalam ~admin~


Untuk melihat video pada hari seminar sila klik link dibawah:

Video hari seminar

Aktiviti PMC 

1 comment:

  1. memey hebat...hampir mencapai target kehadiran..! lain kali kita akan buat lagi beberapa seminar...check outtt..!!!

    ReplyDelete