PMC dengan kerjasama Malaysia Game Fishing Anglers (MGFA) akan menganjurkan MGFA Fishing Seminar 2012 yang akan diadakan pada 17 Mac 2012 bertempat di Dewan Pantai Sri Tujuh, Tumpat, Kelantan. Seminar ini diadakan bertujuan untuk memberi pendedahan kepada pemancing-pemancing tentang aspek-aspek keselamatan semasa memancing, tips-tips casting, teknik pancingan laut disamping cara-cara mengambil gambar dengan betul khususnya untuk dimasukkan ke dalam majalah. Pada seminar ini juga pihak MGFA akan turut mempromosi produk-produk terbaru keluaran mereka kepada pemancing. Apa yang diharapkan agar seminar ini dapat memberikan sedikit sebanyak ilmu dan faedah kepada para peserta.
Yuran penyertaan : RM15 seorang.
(Setiap peserta yang mendaftar akan mendapat hadiah misteri dari pihak MGFA).
Bayaran penyertaan boleh lah dibayar terus kepada wakil-wakil PMC yang dilantik iaitu :
1. Zainal - 0199359600
2. Amer - 0139174865
3. Khairul Anwar - 0199835131
4. Aba -
5. Zizie - 0139519555
6. Kedai Pancing Mohd Bakhari Pasir Mas
atau ONLINE ke akaun-akaun berikut:
1. Maybank - 153038903555 (Mohamed Bakhari Yaacob - 0199123939)
2. CIMB - 03110027783523 (Khairul Anwar Hasan - 0199835131)
PENTING!! SILA SIMPAN SLIP / RESIT PEMBAYARAN BAGI TUJUAN PENGESAHAN PADA HARI SEMINAR.
Tarikh tutup penyertaan pada 10-03-2012. (Peserta diminta datang awal pada hari seminar untuk proses pendaftaran yang akan bermula pada pukul 7.00pg hingga 8.30pg).
Acara-acara yang akan diadakan:
1. Tutorial oleh tutor-tutor tersohor.
2. Pertandingan casting (membaling gewang dengan tepat) dan cabutan bertuah.
3. Pameran barangan-barangan pancing.
4. Kelab PMC akan mengadakan jualan amal produk-produk MGFA pada harga yang sangat murah. Hasil jualan ini akan disumbangkan kepada rumah anak-anak yatim yang terpilih.
Untuk keterangan lanjut sila hubungi :
019-9359600 (Zainal)
013-9519555 (Zizie)
Aturcara Majlis
7.00 - 8.30pg Sesi pendaftaran peserta
8.30 - 9.00pg Ucapan alu-aluan dari Pengerusi
9.00 - 10.00pg Majlis Perasmian oleh YB Dato' Hj. Abdul Fatah Mahmood
(Exco Pembangunan Insan, Belia, Sukan dan NGO)
10.00 - 10.30pg Minum Pagi
10.30 - 1.00tgh Tutorial 1 oleh Mr. Tom X
(Tajuk: Pengenalan MGFA, produk-produk MGFA dan teknik-teknik Casting)
1.00 - 2.00ptg Solat / Makan Tengahari
2.00 - 4.30ptg Tutorial 2 oleh YM Tunku Sufrizal Tunku Yusoff
(Tajuk: Aspek keselamatan semasa memancing, teknik mengambil foto utk majalah
dan teknik pancingan laut)
4.30 - 5.00ptg Minum petang
5.00 - 6.00ptg Acara pertandingan casting (membaling gewang dengan tepat) dan cabutan bertuah
serta majlis penyampaian hadiah kepada pemenang.
6.00ptg TAMAT.
Antara topik-topik menarik yang akan dikongsikan seperti :
- Pengisian ilmu Casting (APA, BILA, DIMANA dan MENGAPA perlu memilih Rod, Kekili, Gewang dan Tali yang bersesuaian).
- Aspek keselamatan semasa memancing.
- Gaya dan teknik Casting.
- Tips-tips untuk memburu ikan-ikan seperti Siakap (putih & merah), Sebarau, Toman dan lain-lain.
- Bagaimana untuk mengenal pasti, membaca dan menganalisa keadaan tempat ikan seperti suhu air, cuaca, pasang surut air dan persekitarannya.
- Teknik-teknik semasa berlawan dengan ikan.
- Teknik pancingan laut seperti Jigging, Trolling, Popping dan sebagainya.

0 comments:
Post a Comment